Thursday, December 12, 2013 @ 11:13 PM  0 stares


Teguran buat yang bernama perempuan. Berat untuk diluahkan. Tetapi, kenyataan memang memedihkan. Kata ustaz, Jika benarlah nak ikut tepat- tepat cara Islam. Betul-betul nak ikut garis panduan. Betul-betul nak patuh syariah. Tidak akan adalah gambar-gambar perempuan letak gambarnya sendiri untuk tontonan di laman sosial. Mungkin dia baik. Mungkin dia muslimah. Mungkin dia tiada perangai. Tetapi dalam masa yang sama. Maaf. Dia juga menjadi agen-agen syaitan. Membantu merosakkan hati yang memerhati. Lelaki yang mempunyai penyakit dalam hati. Yang menonton gambar-gambarny a. Yang bertukar-tukar gaya setiap ketika. "Adakah rela wanita yang punya harga diri menjadi objek bagi lelaki lain yang bukan suaminya, menunaikan nafsu mereka dan berlazat-lazat dengan dirinya dalam apa jua cara? Maka, seorang muslimah yang bermaruah hendaklah berhati-hati." -- Kita sudah pun di akhir zaman. Ustazah pun tidak dapat lagi dijadikan panduan cara berpakaian. Selebriti artis model hijab pun entah lulus syariah atau tidak gambar dan posternya. Saya faham, saya faham. Pasti ramai tak boleh terima, "Itu tak boleh, ini tak boleh!" "Apa ni Islam macam ni!" "Keras gila kot agama Islam!" "Perempuan je kena, lelaki?!" Ada hikmah bila teguran itu datang dari agama sendiri. Tak percaya? Cubalah seminggu. Privatekan semua gambar. Rekod; - Ada orang ganggu tak? - Ada lelaki mengurat tak? - Ada pujian2 liar tak? - Hati lebih tenang atau tak? Atau.. Kita sebenarnya tidak boleh hidup tanpa pujian? Kita sendiri yang inginkan perhatian? Letak atau tidak, Semua atas tinggi rendah taqwa. Taqwa anda di level berapa. Itulah yang menentukan prinsip dan maruah diri anda

surat untuk anak abah
Salam buat puteri abah -kakak ;

dua puluh tahun lalu
masa kakak keluar dari rahim mak,
abah gembira sangat
abah syukur tak terkata
sebab Allah hantar khalifah comel untuk abah dan mak

abah nak didik anak abah
jadi serikandi solehah
macam Siti Khadijah, macam Siti Aisyah
itu niat abah

tahun demi tahun
kakak membesar jadi anak yang cerdik
alhamdulillah
tapi biasala kadang-kadang kakak merajuk tarik muka empat belas juga

abah ingat lagi
masa sekolah rendah
kakak pernah memberontak,
kenapa tak dipasang astro di rumah,
kakak malu,
kononnya susah nak sembang dengan kawan-kawan kalau tak tau perkembangan cerita
aduhai anak abah
bukan abah tak mampu
tapi abah rasa tv banyak bagi keburukan dari kebaikan
lagipun abah rasa siaran yang ada
lebih dari cukup
kakak bukan tengok tv selalu pun

lama juga kakak buat mogok
lama-lama mengalah juga

masa balik kampung rumah atuk
kebetulan kawan-kawan tokwan tengah siang-siang ikan di tepi rumah
kakak dengan selamba saja cakap
rumah atuk busuk bau ikan
aduhai anak abah
main cakap saja ya
biasalah budak-budak lagi

tapi dah besar ni
kena cakap perkara yang baik-baik sahaja tau
tak calar hati orang
atau pun lebih baik
diam

kakak anak abah,
dari tingkatan satu lagi masa abah hantar kakak naik bas untuk balik asrama
setiap kali tu jugak abah pesan untuk ikut usrah
abah tak pasti masa tu kakak faham ke tak
tapi abah tengok kakak angguk
mungkin bosan bila abah asyik ulang ayat sama.

bila kakak tak ada depan mata abah
abah tak tau apa kakak buat di luar sana
abah nak suruh ikut usrah,
sebab sistem usrah boleh pegang hati anak abah
abah risau sangat anak dara abah sorang ni

tapi abah perhati
dari tahun ke tahun
bila balik dari asrama
kakak macam asyik dengan handphone,
satu hari bila abah terjaga dari tidur tengah malam,
abah dengar kakak tengah cakap dengan orang
mungkin dalam telefon
abah macam syak sesuatu

abah tak tau perasaan apa masa tu
tapi abah rasa kecewa
abah rasa gagal
gagal untuk didik anak abah

abah tengok
pakaian kakak pun banyak dah makin singkat
tudung, baju semua
bila mak tegur
kakak buat tak tau saja
abah tengok wajah mak
jelas nampak mak kecewa

kakak.

mungkin kakak tengok abah banyak diam
bila kakak cerita-cerita, pasal kolej, pasal kawan
ada itu, ada ini
seronok kakak cerita

bila kakak minta duit
abah cuba juga usahakan
untuk senangkan anak abah

tapi dalam fikiran abah
ada macam-macam
apa lagi yang abah boleh buat
untuk senangkan kita
"di sana"

abah bagi didikan agama
tapi

...

abah banyak dosa
Allah bagi ujian buat abah
abah tak mampu sekat pergaulan kakak dengan kawan-kawan kat luar sana

kakak,
abah tau,
hati anak abah sebenarnya lembut ,
anak abah baik orangnya
cuma mungkin jiwa remaja buat kakak ter'excited' untuk ikut trend barat kat luar sana

anak abah yang abah sayang,
abah minta maaf kalau kakak rasa abah orang tua kampung yang kolot

tapi abah nak kakak tahu
abah suruh,
abah larang itu-ini
sebab abah sayang kakak

kakak
dosa/pahala kakak sekarang
abah yang tanggung
kakak tahu kan?

kakak tak kesian kat abah, kalau kakak buat dosa,
abah yang kena catat sama?

abah takut
kalau di hari perhitungan nanti
timbangan dosa abah
lagi berat dari pahala
kakak tak nak kalau abah masuk neraka kan?

nau'zubillah

kakak
takde satu pun yang Allah jadikan di atas dunia tanpa sebab
mungkin kakak rasa Allah jauh dengan kakak
tapi sebenarnya
kalau kakak dekat dengan DIA
DIA berlari menuju kakak

agama kita
sudah cukup indah dan sempurna
buat kita semua

kakak dah besar
boleh fikir apa yang terbaik untuk kakak

yang abah mampu cuma doa
doa supaya sebelum abah tinggalkan dunia
abah nak tengok 'bidadari dunia' depan mata ; - kakak.

I love, miss and am so proud of my daughter!

abah nak kakak tahu,

abah tak nak jadi abah kakak masa kat dunia saja
kalau boleh abah nak keluarga kita semuanya hidup sama-sama,

di
syurga

dengan izinNya.

abah,
sayang kakak.

tulus dari hati,

abah
-luar rumah merenung hujan, kerinduan pada kakak kesayangan-