Thursday, April 25, 2013 @ 6:50 AM  0 stares

Hye assalamualaikum people. Miss me? *cough* Lamaaaaa gilaaaaaa tak update blog. Kecian blog itew ni, kesepian. Cewahh sila muntah sekarang *hulur baldi* So yeah, takde story pun actually tp suka hati gua lah nak update ye dak? 

Pada tarikh 6 Mei 2013 akan berlangsungnya peperiksaan pertengahan tahun yg sgt menakutkan. Omg ayat gua gramatis betul hahahaha. Lagi 2 minggu wey nak exam mid year. Oh god. Aku dah lah tak prepare apape lagi. Blank je otak. Add math masuk log. Bab log lah yg aku paling gerun sekali. Sbb aku tak faham langsung log ni since first day kitorang masuk bab logarithms. Indices tu takpe la, sbb dah belajar waktu form 3. Tapi bila masuk log log ni mmg hancur. Latihan yg cikgu bagi pun tak siap. Dtg sekolah, pinjam buku fatin. Dia dah macam buku rujukan aku dah. Kesian dia. Tapi seriously, bab logarithms ni lah yg paling mencabar bagi aku. Bab lain, alhamdulillah boleh buat. Masuk bab ni, astaghfirullah :( 

Physics pulak mmg subjek yg aku PALING tak suka. Idk why. Cikgu garang, itew takut :( Kadang kadang aku tak faham apa yg cikgu ajar dkt depan. Maybe sbb jasad dkt dlm kelas, roh pulak terbang merayau rayau dkt luar. Cikgu pesan, suruh belajar physics ni elok elok walaupun cita-cita awak nak jadi doktor, lecturer, cikgu, polis etc. Kenapa? Sebab, manusia hanya mampu merancang, Allah yg menentukan. Kalau basic pun tak boleh buat, nanti masuk matrik, universiti memang sakit. Waktu tu, dah takde siapa nak tolong awak. Itu yg cikgu aku cakap. Aku bukan apa. Aku cuma tak berapa nak suka menghafal formula. Lepastu, bila aku buat latihan and tak dapat jawapan, mulalah bebai. Rasa macam erghh penat buat tapi tak dpt jawapan. Tapi walau apa pun, aku buat jugak. Bak kata omputeh, practice makes perfect. Kalau tak dpt jugak jawapan, aku tanya bakal engineer kita, cik pikah. Insyaallah dia tahu.

Biology. Ni aku suka sgt. Sebab belajar pasal living things. Biasalah, doctor-to-be, insyaallah. Walaupun kadang kadang tak faham ((esp bab3)) tapi aku usaha jugak. Baca nota yg aku buat. Bio la subjek paling semangat aku nak belajar. Even kadang kadang mengantuk, tapi ku gagahkan juga mata ni tahan mengantuk. Caranya ialah dgn minum air banyak banyak, gerak-gerakkan jari kaki so that darah continue to flow and then baca ayat Kursi. Insyaallah, berhasil. Kalau tak berhasil tu, buatlah something such as melukis, gerenti mata tak layu punya :)

Chemistry ni hmm aku so-so je. Cikgu baik. Tapi aku paling malas nak buat homework kimia. Selalu buat last minutes. Basic aku tak berapa nak baik sgt. Aku lemah bab nak balance kan persamaan kimia. Itu paling aku lemah. Aku tak hafal lagi cation, anion. Pemalas punya fasal. Insyaallah untuk mid year ni akan ku kerah otak supaya menghafal cation anion. Wish me luck, guys.

Aku harap sgt aku dapat tingkatkan prestasi and result aku. Cikgu kata, kedudukan dalam tingkatan ((untuk budak rk)) kena dapat 30 ke atas baru selamat. First exam haritu aku dpt number 45 dalam tingkatan even ada 3 gagal. Normal ok kalau gagal. Insyaallah aku akan cuba bagi tak gagal! Practice makes perfect gitu. Have to study hard. Spm tak sampai setahun. Semoga ada kesedaran nak berusaha dalam diri aku ni. Btw, bulan 6 nanti abg gua nak kahwin, im super duper uber excited. Nak melaram sakan cewah. Jk okay. Semua yg tahu rumah aku dkt mana, dijemput hadir untuk memeriahkan majlis :) Btw, pou aku sejak akhir-akhir ni asyik nak tidur je, mengada betul.


"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin. Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah." Maksudnya: Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan. Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat.

Amalkan lah doa ni selalu ye, janganlah malas. Pendek je ni. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat.