Friday, March 29, 2013 @ 8:49 AM  0 stares

Hye assalamualaikum annyong hashimnikka yeorobun. So harini hari Jumaat 29/3/2013 apak ah cuti nak habis dah omg. Homework still tak siap lg :( Someone tolong buat dkt gua pelishhhh....... Well, aku saja je nak update. Tkde benda nak story sgt pun tp...... ah nak update jugak!!!!!

Hari Selasa haritu 26/3/2013 birthday Xiumin(exo m) god im super duper excited. Well ehem i stans EXO k. Banyak woo hadiah dia dpt from fans. Untung ah jadi idol kegilaan ramai. Pastu hari Rabu 27/3/2013 gua keluar dgn bebudak kelas gua dgn sapi pikah apek izat and adik adik nad main bowling. Syakir tak ikut. Aku whatsapp dia, dia ckp demam. Elehhh. Aku baru first time main bowling. Emm first tamao main, malu hehe. Pastu try jugak. Last last dpt ranking number 3 omg cant believe it. Baru first main dah ranking number 3. Bangga jap muahahahahaha. Then pergi mkn kfc. Sapi suruh kongsi, aku takmao. Pikah perli boleh ke habis mkn sorg sorg. Last last habis hahahaha. Jgn pandang ringan kat aku okay :p Perut macam tong drum.

Lepas diorang balik, aku sapi pikah dgn nadia jalan jalan. Sampai depan The Store yg dah tutup tu, jumpa purse. Kitorang cam hesitate ah, nak ambil tengok ke tak. Ada pulak india ni kt belakang kitorang, dia tengok je purse tu. Last last kitorang ambil jugak ah purse tu takut si india ni ambil curi pulak. Kitorang bukak purse tu, ada phone Corby je. Try lah bukak contact, nak call family/kwn empunya purse tu. Last last dia bubuh password. Ape ke bodohnya pi letak password dekat contact pulak tu. Bangang tak bangang. Kalau dekat msj takpe gak blergh. Tunggu punya tunggu nasib baik org tu call and lastly dia dtg ambil. Pikah ckp lain kali jgn cuai.

Sekarang dah pukul 11.47 pm means dkt Korea dah pukul 12.47 pm. Harini birthday Gikwang!!!!!!!!!! Saengil chukkha hamnida oppa #HappyGKDay semangat kpoppers trendingkan #HappyGKDay . Nak masuk bulan April. Birthday Ken dgn Sehun akan menjelma tak lama lg. Cant wait for their birthday. Nak wish banyak banyak hahahaha. Btw tadi Music Bank G.Na menang uolls tak boleh blah Ilhoon nak jugak buat speech hehe tp dia tetap cute omomo. Lepastu Teen Top masuk ikut pintu audiences and guess what? Si Chunji dgn Changjo duduk dgn fans omg omg omg. The fans were so lucky. Nasib baik bukan abe L.Joe gua kalau tak hmm merajuk dgn dia ok gedik hahaha. L.Joe punya earing harini apak besaq gedabak yg penting dia sgt sgt sgt cute. Ok tu je kot nak cerita :p Boring kan hidup aku? Haih apa boleh buat. Night fellas jaljjayo :)

Gua and Sapi. Knp gua pendek gila ni? :(

Geng geng bowling td tapi apek dgn izat takde.



Sunday, March 10, 2013 @ 4:03 AM  0 stares


Hye assalamualaikum annyong people. Amboi kemain aku ligat beno update blog macam esok takde exam je doh hahahaha. Esok gua exam math dgn sivik so please doakan aku dpt jawab dgn tenang and smooth okay guys :) 

Well actually aku bukan nak cakap pasal birthday aku hahahaha. Birthday aku lambat lagi, bulan 12. Lambat kan? Huwaa my mum ckp "sape suruh keluar lambat sgt" /sigh\ huh mak aku selalu macam tu. Kejam gila :p I love her even dia kejam hahahahahaha. Oh wait, dah lari topik. Okay lets start. 

So today, 10th March 2013 is my beloved twins birthday. Who is it? *drumroll* its.......... Nur Afiqah binti Borhan!!!!!!!! Wuhuuuu lets sings happy birthday song to her. Happy birthday to you happy birthday to you happy birthday to pikah happy birthday to you!!!!!!!!!! *tiup lilin* hahahahahaha. Disebabkan harini birthday dia, so ehem gua nak kasi ucapan sikit lah kan hehehehehehe.


Hye pikah *lambai tgn* Happy birthday my other half. Still remember macam mana kita rapat? Hehehehe aku still ingat sampai sekarang :) Tak boleh lupa. Start dari form 2 lah kita rapat sampai sekarang. Tak boleh berenggang. People called us twins. Hahahaha aku selalu ckp kt hang, "sape nk jadi kembar hg" :p Hahahaha note that yg aku main main je k. Saja nak gurau gurau merapatkan ikatan kasih sayang yg kita bina cewahhh xP hahahahahaha. Selamat hari tua again to you. Dah besar dah anak mak ni hahahaha. Dah matured, dah tinggi, dah lawa, dah gemuk hahahaha. Please stay healthy okay. Makan banyak banyak. Stay cute. Belajar elok elok. Kejar cita cita hg nak jadi engineer one day :) Thanks sebab selalu ada dgn aku waktu susah senang.Aku akan sentiasa doakan hg success dlm setiap apa yg hg buat. And finally, i love you. Hadiah nanti lepas exam aku cari kat hg okay :)

Hehehehe thats my ucapan to her hahahaha. Malu lah pulak kekekekeke. Btw, aku pun nak ucapkan happy belated birthday to Siti Aishah bt Rusdi. Birthday dia dah lepas dah, 17th February haritu. Tapi time tu gua busy gila, tak sempat pegang laptop, online pun pakai phone je. So, untuk ecah pun gua ada ucapan jugak hihi. Ehem ehem test 1,2,3....


Hye ecahhhhh *lambai tgn* Happy belated birthday my friends yg paling gemuk dalam dunia ni hahahaha. Aku still ingat kita rapat since form 1. Budak paling riuh dalam kelas and kat hostel. Ingat lg tak kita pernah gaduh dekat fb. Tak boleh blah betul hahahaha. Lawak gila bila aku baca balik inbox fb yg aku gaduh dgn hg tu. Nasib baik dah okay kan. Kalau tak, sape lah yg nak duduk sebelah aku sekarang ni hihi. Btw, aku simpati kt hg pasal didib tu. Mungkin hg akan kata, aku takkan faham perasaan hg sbb bukan aku yg rasa. Tapi, hg kena terima kenyataan yg dia dah takde. Life must go on beb. Kalau dia hidup lagi, mesti dia sedih tengok hg macam ni. Sabar k dear. Stay healthy, stay gemuk, stay cute. I love you. Aku sentiasa doakan kebahagiaan hg ;)

And lastly untuk ehem ehem gua yg paling gua tak sayang hahahaha. Jk xP Happy belated birthday Muhammad b. Mohd Zailani. Birthday dah lama dah lepas, 12th February haritu tp its okay hahahahaha. Ehem ehem....


Hye awak *tumbuk bahu awak* kikiki bajet sweet omg hahaha :p Menyampah gua. Tak payah cakap lah camne kita kenal hahaha. Since darjah 1 lagi kita kawan kan awak kan. Kita start feeling feeling ni time form 2 bulan 4 2011 :) Seronok dgn awak. Hahahaha ingat lagi waktu dekat roller, awak jeles dgn abg yg nak ajar saya. Terus awak dtg kat saya heee. Lepastu bulan 12 kita clash sekejap kan awak :( time tu saya selalu teringat kat awak. Tapi saya tanak mengaku saya still syg awak. Time tu pun awak ada awek baru :') Awak selalu text saya, mintak couple balik. Banyak kali saya tolak. Lepas awak dah clash dgn awek baru awak tu, awak still tak putus asa. Setiap hari awak text saya. Bulan 2 2012, kita couple balik. Sampai sekarang bulan 3 2013. Thanks sebab jaga saya hahahaha thanks sebab selalu ingatkan saya solat, baca yaasin semua. Thanks sebab dah jadi yg terbaik untuk saya. Walaupun selalu gaduh, tapi lepastu kita baik balik kan hehehe. Happy belated birthday awak. Semoga awak sentiasa happy dgn hidup awak. Stay healthy. Jgn nakal nakal. Stay pendek. Stay keding. I love you :)

Hahahaha. Thats it. Rasa nk muntah merah pun ada hahahaha. Ajet ajet je gua ni. Thats all. Hehehe. Upcoming birthday hanun and hilal :) tunggu ucapan dari cik aina yg ajet ajet ni hohoho. Btw happy birthday to Peniel(btob) , taeyeon(snsd) , mir(mblaq) , hyunsik(btob). Forever love you guys. Upcoming birthday is our cute baozi, Xiumin(exo m) oppa. And my beloved husband Ken(vixx) on April 
Saturday, March 9, 2013 @ 11:23 AM  0 stares

Hye assalamualaikum anyyong moshi moshi bonjour everyone !!!!!! Im back. Kih kih kih. Sorry for not updating. Im on hiatus mode. Yeah, i have exam last week and next week on Monday and Tuesday. Omg i havent done my revisions yet. Next week on Tuesday i got addmath, physics and agama. Omg im dead x____x

Anyway, as the title saying about friendship so yeah im gonna post something about my beloved friends. Everyone have a best friends right? Omg someone please hit my head. Siapa dlm dunia ni yg takde kawan baik? Pabo aina is pabo hahahaha. Ok ok. Lets start.

Lemme introduce to all of you, my best friends forever till die till Jannah, insyaallah. Nur Afiqah, Nur Syafiqah, Siti Aishah, Nur Ismahnadiah, Nur Haryani Syafika, Siti Nura'Isyah, Hanun Nadzirah....... My best friends forever and ever. They have been with me since 2010. They have became a part of me. They have been with me through thick and thin. Semakin matang, semakin gila. Semakin malas. Semakin tinggi. Semakin gemuk. Semakin everything. Hahaha. Actually, waktu form 1 kitorang first first tak rapat pun. Kelas lain lain. Me, ecah, ismah, hanun 105. Pikah 106. Isyah 107. Yani sekolah simpang. Then, dapat kelas rk. Me, ecah, hanun, isyah dpt 104. And ismah, pikah, yani dpt 103 sbb diorang dpt rk panggilan pertama. Shyqa time tu tak wujud lagi hoho.

As the time pass by, kitorang jadi rapat. Especially aku, ecah, hanun and isyah sbb satu kelas and kitorang stay hostel. Satu geng la kiranya. Dgn pikah, ismah and yani aku tak kenal sgt at first. Kitorang start rapat since form 2. Waktu form 1 kitorang laa budak rk yg paling riuh. Yg lain semua senyap, nerd hahaha. Biasalah budak rk kan. Tapi ramai tak suka kitorang. Idk why. They judge based on appearance maybe. Idc at all. Banyak kenangan kitorang bersama cewah ayat gua hahaha. Tapi, org selalu aim aku. Sbb aku jarang senyum diorg ingat aku sombong. Cisss sebenarnya gua ni rabun, waktu form 1 gua tak pakai spect lagi thats why la bila org senyum kt aku, aku tak balas sbb aku tak nampak. Then, aku still ingat akak akak form 2 benci gua sbb gua adik angkat assri. Biasalah, awek mana yg tak jeles bila bf diorang ambil adik angkat. Tergugat doh dgn adik angkat. Then aku declare dgn bagok pulak, pegh dramatic kot cara bagok mintak aku jd adik angkat. Blergh gua takmau ingat benda tu. Perit beb nak ingat hahahaha. Bcs of that, lagi lah akak akak rk pangkah gua. Kak amal-ex bagok selalu cerita mcm mcm pasal aku kt anis. Aku mcm tak kisah, lama lama senyap jugak. Last week nak habis sekolah, kak amal jumpa aku, mintak maaf dgn aku sbb asyik pangkah pangkah aku, sbb jeles aku dgn bagok. Aku tak kisah sebenarnya hehehe so aku pun okay je lah ckp takde hal lah sambil tersenyum manis cewahh xP 

Naik form 2, hanun budak pandai masuk kelas 203. And time tu la aku start rapat dgn pikah. Aku ckp kt dia, "weh hg duduk sebelah aku taw" and dia angguk je hehe. Yani duduk sebelah isyah. Kak mah duduk dgn ecah. Aku dgn pikah duduk jauh dari diorang hehe tak tahu kenapa kitorang pilih untuk duduk kt hujung sekali -,- kitorang dua je yg duduk kat barisan tu. Before tu saiful and syakir duduk depan aku. Tp diorg pindah pergi belakang. Time form 2 mmg kitorang gila habis ah. Geng rk yg paling famous kt db hahaha. Famous sbb selalu gaduh, famous sbb pemalas, famous sbb selalu couple. Cikgu cikgu ptg semua kenal kitorang. Tp yg paling teruk ecah, ismah, yani dgn isyah ah. Aku dgn pikah baik kot time tu hahaha. Diorang empat org la yg selalu kong kelas, then selalu sgt tak siap kerja sekolah. Cikgu zulhusni lah yg paling suka aim diorg. Aku dgn pikah jarang tp kena lah jugak kdg kdg. Lepastu selalu kena dgn ustaz amin, bapak kitorang time tu. Hahaha paling malu sekali aku kena ketuk kepala time kelas hilal jalan sebelah kelas aku. Mmg malu gila hahaha. Time ni, shyqa dah wujud dah hahahaha. Aku mula mula rasa insecure jugak kot kot dia nk rampas ecah drpd kitorang hahaha. Tapi lama lama, alhamdulillah dapat terima shyqa dgn baik.

Paling tak boleh lupa, time kitorang gaduh dgn geng Fatin. Hahahaha time tu macam bodoh bodoh je gaduh sbb eman syafiq tu. Time tu pikah couple dgn eman, then fatin dgn yati pulak ex eman tu. Pergh boleh tahan ah mamat tu playboy jugak. Macam macam kitorang kena. Sampai musyi letak kasut depan muka pikah. Hahahaha macam bangang. Bila naik form 3, aku dgn isyah lah yg paling rapat dgn fatin, siti and musyi. Nampak tak? Waktu tu still budak budak bodoh baru nak up kononnya gaduh sbb lelaki. Waktu form 3 ni, kelas kitorang terpisah. Ecah and kak mah kelas 303. Yani, pikah kelas 304 and aku, isyah kelas 305. Form 3 kitorang jarang jumpa, biasalah nk pmr kan. Kelas pun lain lain. Selalu jumpa time roll call, baca yassin or perhimpunan/event lain. Selalu aku dgn isyah lepak dgn fatin, siti, una dgn musyi je. 

Biasalah, disebabkan kitorang mangsa pmr, aku dgn pikah selalu stayback balik pukul 5, study dekat library sekolah. Ada satu kejadian yg memang tak boleh lupa hahaha. Time tu aku stayback dgn pikah and izat. Study sama sama. Pikah nak balik awal, sbb dia rasa tak sihat. Time tu dah pukul 4.30 ptg, aku ckp la tunggu jap je sampai pukul 5. Lepastu pikah tunduk je, tidur maybe. Tetiba pikah ckp "jom balik weh, aku sakit perut gegila ni." So aku pun kemas barang and keluar. Dah keluar tu tetiba pikah muntah. Oh god, aku panik gila aku panggil izat, izat keluar tengok then aku tanya nak buat apa ni. Then pikah ckp "jgn panggil izat" terus izat masuk library balik. Aku nampak kain kat rak kasut, aku suruh pikah lap muntah dia then aku pergi ambil air kat surau. Then teman pikah pergi tandas. Muntah lagi. Lucky aku bawak minyak angin, boleh sapu kat perut.

Lepas dah merdeka kononnya, bukan lagi mangsa pmr cewahh aku dgn isyah tak rapat. Taktaw pasaipa. Isyah pergi lepak dgn geng ainsyah. Cedih taw aku :( Time habis pmr ni lah kitorang start rapat and habiskan masa together without isyah. Lepas habis pmr kan ada macam macam aktiviti. Pergi zoo, sembelih lembu, kambing, ceramah etc. Mmg best tp lagi best kalau ada isyah sekali :( boring woo tkde isyah, tkde org nak gaduh. Lagi lagi yani. Mmg terasa doh kehilangan isyah time tu. Waktu ambil result pmr aku takde kat taiping, aku dekat sarawak so aku taktawu ape yg jadi kat sekolah time tu. Tapi alhamdulillah, berkat usaha gigih, kitorang berjaya dpt keputusan yg cemerlang. Takde gagal. Apa yg membanggakan is, kak mah dpt 8A. Wow! 

Hehehe. Naik form 4, aku, yani, kak mah, ecah kelas 402. Pikah 403. Isyah 404. Bila naik form 4 semua dah jadi normal balik. Kitorang dpt balik isyah yg kitorang rindu sgt sgt. Aku pulak dgn pikah and shyqa mmg tak boleh berenggang. Shyqa pun dah naik form 3 so senang lah nak jumpa time balik. Nak mengadu semua kt depa dua je la. Tapi..... Setiap pertemuan, ada perpisahan. Kitorang terpaksa berpisah dgn kak mah. Disebabkan dia dpt 8A, dia dapat tawaran pergi Bainun. Dapat tahu last minute kot. Kitorang dpt tahu berita tu, hari selasa. Esoknya which means hari rabu, dia dah kena pergi bainun. Kitorang tak dapat beli hadiah apape kat dia, tak dapat buat makan makan untuk dia. Well everything happens for a reason. Aku percaya dia dpt belajar dlm suasana yg lagi baik and dpt survive kat sana. Kat pondok, kak mah nangis. Yani pun. Yani yg paling rapat dgn kak mah. Surely yani yg paling rasa kepergian kak mah. Bayangkan, hari rabu kitorang kena pergi sekolah and tanpa kehadiran kak mah. Bayangkan bayangkan. Sedih woo :'( Rasa lain gila. Tp nak buat macam mana, dah rezeki dia pergi sana :') Tapi, kitorang dah janji, persahabatan yg terjalin sekarang ni, kitorang akan jaga sampai bila bila. Jom tengok gambar :)


Waktu habis PMR











Lawatan pergi P.Pinang those yg dpt 7A & 8A











Form 2







Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”(Hadis riwayat Muslim)
Semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya. Ingat janji kita nak travel dunia sama-sama lepas dah kerja nanti, Insyaallah. Ukhuwwah fillah abadan abada. Persaudaraan kerana Allah S.W.T selama-lamanya :)