Sunday, January 19, 2014 @ 7:53 AM  0 stares

Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Hai hello bonjour annyeong aku kembali. Kembali menaip di dalam buku maya yang sudah sekian lama aku abaikan. Rindu aku? Hahahaha apa punya soalan lah. Aku tahu mesti korang rindu kan. Ceh padahal takde sape pun yang baca blog aku. Blog ini hanya untuk kepuasan diri sendiri, menaip apa yang terbuku dalam hati.

Mari bercerita tentang heart broken. Siapa antara korang yang tak pernah rasa patah hati? Im sure all of you have gone through heart broken right. Aku juga pernah. Hampir tiga kali aku dikecewakan. Dan tiga kali juga aku rasa hidup aku tak bermakna, sia sia. 

Aku pernah bertanya dalam hati, apa sebenarnya yang kurang dalam diri aku sehingga tiga kali berturut-turut dikecewakan oleh kaum adam.

Aku pernah juga berfikir apakah aku tidak layak untuk rasa bahagia di dunia ini? 

Dan paling banyak yang aku fikirkan, hampir setiap hari aku fikir yang aku sebenarnya tidak sepatutnya dilahirkan di dunia ini.

Allahuakhbar, sampai macamtu sekali aku tersasar Ya Allah. Begitu banyak khilafku Ya Allah. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah..

Terkadang terdetik dalam hati aku ini, kenapa manusia tidak pernah menghargai cinta yang diperoleh daripada yang Maha Esa? Kenapa perlu mensia-siakan perasaan yang hadir dalam hati? Kenapa manusia senang benar meninggalkan apa yang berada di depan matanya? 

Nama pun manusia kan, susah nak hargai apa yang terbaik di depan mata mereka. Sentiasa mencari peluang mendapatkan yang lebih "perfect" sedangkan apa yang berada di hadapan mata merekalah yang terbaik untuk mereka. Cuma mereka tidak pernah sedar. 

Aku pun begitu. Terkadang, mudah benar mengguriskan hati seseorang yang benar benar menyayangi aku untuk insan lain yang aku sayang. Terlalu mengejar cinta orang yang aku sayang sampai aku lupa aku telah lukakan hati orang yang menyayangi aku. 

Selepas tiga kali dikecewakan oleh kaum adam, aku bertekad. Bertekad untuk mengubah hidupku. Bebaskan diri aku daripada permainan perasaan yang tidak membawa aku kemana-mana.

Memang pedih, perit dan susah pada mulanya untuk aku terima kenyataan yang hidupku kini berubah status. Kata orang. single mingle and available. Tapi ajaibnya, setelah 2 minggu menjadi janda(over), alhamdulillah. Aku dapat rasa perubahan dalam diri aku. Rasa lagi tenang, mungkin? Aku pun tak tahu nak describe macam mana.

Cuma sekarang, aku tak mahu terlalu yakin dan bangga dengan ketenangan yang aku kecapi. Ketenangan dan kesabaran yang aku perolehi sekarang cuma pinjaman daripada Allah. Mungkin juga satu lagi dugaan untuk diriku yang masih lemah imanku ini.

Tapi, InsyaAllah akanku cuba dan terus mencuba mengubah diriku ini agar menjadi seorang muslimah yang benar benar dapat membanggakan agama Islam. Alhamdulillah, sekarang pun kalau boleh seminggu sekali al-quran wajib baca. Kalau tak baca, rasa macam mana entah, rasa macam terdetik dalam hati eh bila nak baca al-quran ni. Alhamdulillah Ya Allah alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Moga Engkau permudahkan jalanku menjadi seorang muslimah yang benar benar cintakan agamaMu Ya Allah.

Ya Allah, semoga Kau kuatkan hatiku, berikan aku kesabaran dalam menghadapi semua yang berlaku dalam hidupku. 

Redha tu terletak pada hati. Bergantung pada kekuatan iman. Bersandar pada keyakinan pada janji-janji Allah. Redha tu, bila kita ikhlas. Ikhlas menerima, berlapang dada. Sangka baik dengan Allah. Itu sebenarnya yang orang duk kata move on. Bukan maksudnya terus melupakan, tapi bila mula faham yang setiap yang berlaku tu takkan terjadi dengan sia-sia.
Dan aku, betul ke aku dah move on? -Budak Tomato